suria

Sukma (Sofbol): Selangor Sekat Dominasi Terengganu

SERDANG: Selangor menyekat kemaraan Terengganu daripada membolot kedua-dua emas yang dipertandingkan dalam acara sofbol pada hari terakhir Sukan Malaysia ke-14 di sini Ahad.

Pada perlawanan akhir yang diadakan di padang Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, pasukan Selangor merangkul emas apabila menundukkan Terengganu 6-1 dalam acara sofbol lelaki.

Setelah kalah 3-4 dengan Terengganu pada saringan peringkat kumpulan, Kapten pasukan Selangor Mohd Syahmi Asrul Sani berkata mereka mengkaji semula kekuatan dan kelemahan pasukan Terengganu untuk menyusun strategi baru bagi menghadapi perlawanan akhir hari ini.

"Kami juga lebih relaks, kami just nak menikmati sukan itu dan bersukaria mungkin sebab itu kami dapat kuasai sukan itu," kata mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Sementara itu dalam sofbol wanita, Terengganu mudah menumpaskan Perak 22-4 bagi membawa pulang emas.

Gangsa menjadi milik Johor bagi sofbol wanita manakala Perak memperoleh gangsa bagi sofbol lelaki. - BERNAMA

Artikel Lain