suria

De Gea Bakal Ganti Van Der Sar

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson telah membuat keputusan pantas menggantikan penjaga golnya, Edwin van Der Sar yang bakal bersara musim depan dengan membeli penjaga gol baru David de Gea dari Atletico Madrid.

Selepas enam musim bersama United, Van der Sar mengambil keputusan menggantungkan butnya selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara (CL) Sabtu ini menentang Barcelona di Stadium Wembley.

“Kami telah lama meneliti untuk membuat keputusan ini. Secara jelas, kami perlu mengambil De Gea menggantikan Van der Sar kerana dia masih muda, pantas dan seorang yang tenang.

“Kami tetap mencari pemain yang sama kualiti dengan Edwin kerana dia selalu menunjukkan tahap ketenangan serta kelebihannya berhadapan dengan pelbagai situasi. Sikap ini ada pada De Gea,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain