suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Turunkan Kesebelasan Pemain Utama Bertemu Malaysia

SUBANG: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal berjanji menurunkan pemain terbaik mereka dalam perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Julai depan.

Ketua Pegawai Komersial Arsenal FC, Tom Fox berkata Arsenal atau dikenali juga sebagai 'The Gunners' yang kini berada di kedudukan keempat dalam Carling Cup musim ini, akan berusaha untuk membawa kapten pasukan itu, Francesc Fabregas ke negara ini tetapi ia bergantung sama ada pemain itu mahu terus kekal bersama Arsenal musim depan.

"Perlawanan persahabatan menentang Malaysia adalah perlawanan ujian pertama kami dalam persediaan menghadapi musim depan, bawah bimbingan jurulatih Arsene Wenger.

"Selepas 12 tahun sejak 1999, kami berjaya datang ke Malaysia dan saya percaya Arsenal akan berjaya menarik ribuan penonton kali ini dan kami terkejut pasukan Malaysia telah banyak berubah dan kami jangkakan perlawanan adalah sengit pada hari itu," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Group Julian Kam.

ProEvents Group adalah promoter eksklusif Jelajah Asia Arsenal 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain