Bringolf Pintas Chieh Untuk Muncul Juara - Sukan | mStar

Bringolf Pintas Chieh Untuk Muncul Juara

ALOR GAJAH: Pemain Australia Daniel Bringolf mengatasi saingan pemain Taiwan Chieh Po Lee pada pusingan akhir dengan mencatatkan pukulan satu di bawah par 71 untuk muncul juara Kejohanan Golf Terbuka Amatur Malaysia ke-109 di A'Farmosa Resort di sini, Ahad.

Bringolf, yang ketinggalan dua pukulan di belakang Chieh, selaku pendahulu tiga pusingan sebelum ini, berjaya merangkul kejuaraan dengan kelebihan empat pukulan dengan mengumpul sejumlah 12 bawah par 276.

Chieh, 16, gagal mempertahankan kedudukan pendahulu tiga pusingan apabila tunduk kepada tekanan dengan melakarkan pukulan lima di atas par 77 pada pusingan akhir untuk muncul naib juara kategori lelaki.

Pemain negara Aretha Pan Herng muncul juara kategori wanita dengan mengumpul enam bawah par 210 selepas tiga pusingan dengan satu di atas par 73 hari ini.

Sementara itu, Bringolf, pemain berusia 20 tahun dari Sydney, berkata beliau mengekalkan prestasi konsistennya dan semua berjalan lancar pada hari terakhir.

Selain kejuaraan individu, Bringolf turut menjuarai acara berpasukan lelaki pada Jumaat selepas berganding dengan Ryan Peake dengan jumlah 280 pukulan.

Pemain India Abhijit Chadha menduduki tempat ketiga dengan jumlah tujuh bawah par 281 diikuti Lam Zhiqun dari Singapura dengan 283.

Abel Tam muncul sebagai pemain Malaysia terbaik selepas terikat bersama dua lagi pemain Kenneth de Silva dan Mohamad Azman Basharudin dengan jumlah 294.

Dalam pada itu, Aretha, pemain Sabah berusia 17 tahun, memulakan saingan pusingan akhir dengan dua bogey pada sembilan lubang pertama dan kemudian memperbaiki persembahan dengan dua birdie dan satu bogey pada bahagian kedua saingan.

"Hari ini pukulan putt saya agak teruk tetapi akhirnya semua berjalan lancar untuk saya muncul juara," kata Aretha, yang muncul naib juara Terbuka Amatur Sabah tahun ini.

Pemain Filipina Dottie Ardina muncul naib juara dengan jumlah 212 diikuti rakan senegara Jayvie Agojo dengan 213 pukulan. Seramai 138 pemain dari 15 negara menyertai kejohanan tersebut.-BERNAMA

KEPUTUSAN AKHIR:

Lelaki: 276 - Daniel Bringolf (AUS) 69-69-67-71

280 - Chieh Po Lee (TWN) 65-67-71-77

281 - Abhijit Chadha (IND) 69-70-71-71

283 - Lam Zhiqun (SIN) 74-71-70-68

284 - Rattanon Wannasrichan (THA) 71-72-69-72

285 - Jobim Carlos (PHI) 68-71-75-71

286 - Ryan Peake (AUS) 74-68-73-71

288 - Koh Deng Shan (SIN) 71-72-73-72; Natipong Srithong (THA) 71-70-73-74

289 - Wei Hou Liu (TWN) 75-75-67-72 Wanita (Lima Terbaik):

210 - Aretha Pan Herng (MAS) 68-69-73

212 - Dottie Ardina (PHI) 71-72-69

213 - Jayvie Agojo (PHI) 69-71-73

216 - Pinrath Loomboonruang (THA) 69-78-69

219 - Iman Ahmad Nordin (MAS) 75-72-72

Artikel Sebelum

Terengganu Rapatkan Jurang Takhta Liga

Artikel Berkaitan

default image

Keputusan Sukma Ke-14

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain