suria

Perlawanan Perak, Sabah Di Stadium TLDM

IPOH: Perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dan Sabah pada Khamis ini akan berlangsung di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut kerana Stadium Perak di sini akan digunakan untuk kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata perlawanan di Lumut akan bermula 4.45 petang.

Beliau berkata untuk kemudahan peminat dan penyokong pasukan Seladang, tiket perlawanan akan dijual lebih awal iaitu pada Selasa ini di Stadium Perak.

Tiket akan dijual di kaunter utama Stadium Perak antara 12 tengah hari dan 2 petang Selasa ini serta di Stadium TLDM pada hari perlawanan, katanya.

Beliau berkata jualan awal itu bertujuan memudahkan penyokong yang terpaksa membuat perjalanan ke Lumut, yang terletak lebih 100 kilometer dari sini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham Pecat Grant

Artikel Berikut

Artikel Lain