Chong Wei, Beregu Campuran Ke Final Badminton Terbuka Malaysia - Sukan | mStar

Chong Wei, Beregu Campuran Ke Final Badminton Terbuka Malaysia

ALOR SETAR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan awal apabila layak ke perlawanan akhir kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia 2011 namun pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mencuri tumpuan apabila terus mencipta kejutan untuk turut beraksi pada perlawanan akhir pada Ahad.

Pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini, Chong Wei tidak menghampakan ribuan penonton yang hadir memenuhi stadium apabila mudah menjinakkan pemain pilihan ke-11 kejohanan Sho Sasaki dari Jepun 21-13 dan 21-14 dalam masa 37 minit.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara Peng Soon-Liu Ying, yang merupakan pilihan keenam, hari ini mengejutkan pula pilihan ketiga kejohanan Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia 21-14 dan 21-10 dalam masa 26 minit.

Semalam pada peringkat suku akhir, mereka menundukkan pilihan pertama kejohanan dan pasangan ranking kedua dunia Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam dari Thailand.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Chong Wei berkata beliau lebih fokus berbanding perlawanan-perlawanan yang lepas dan tidak melakukan banyak kesilapan.

"Saya tidak memberi peluang kepada Sasaki mengekori rapat dan beliau juga banyak melakukan kesilapan ketika bermain," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan separuh akhir itu.

Kata Chong Wei, beliau tidak kisah tentang lawannya yang akan ditentang pada perlawanan akhir nanti kerana apa yang penting adalah persiapan diri dan fokus kepada perlawanan.

Pada perlawanan akhir esok, Chong Wei akan bertemu dengan pilihan ketujuh Bao Chunlai dari China. Chunlai hari ini menundukkan pemain pilihan ketiga dari Vietnam Nguyen Tien Minh, 21-12, 19-21 dan 21-14.

Bagi Peng Soon, 23, kemenangan ke atas pasangan Indonesia itu adalah sesuatu yang bermakna kerana pertemuan hari ini adalah pertemuan kali kelima dengan pasangan itu dan kali pertama mereka menang.

"Sokongan penonton juga banyak menaikkan semangat kami untuk terus bertahan sehingga berjaya," katanya.

Pasangannya Liu Ying, 22, berkata beliau bermain dengan tenang dan mengawal emosi supaya tidak tersalah langkah.

"Kami akan buat yang terbaik pada pusingan akhir esok dan harap kemenangan akan berpihak kepada kami," katanya.

Pada perlawanan akhir esok, mereka akan bertemu dengan pilihan keempat kejohanan Tontawi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia yang menundukkan pilihan kedua kejohanan Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul dari Thailand 21-13, 14-21, 21-12.

"Kami pernah bertemu dengan pasangan itu semasa All England tetapi kami kalah. Kami harap esok kami dapat menewaskan mereka," kata Liu Ying. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Carta Kedudukan Liga Perdana

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain