suria

Liga Juara-Juara: Manchester United Tewaskan Chelsea 2-1

LONDON: Manchester United melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menumpaskan Chelsea 2-1 pada suku akhir kedua di Stadium Old Trafford, awal pagi Rabu.

United yang mempunyai kelebihan menang 1-0 di Stamford Bridge minggu lalu mara dengan agregat 3-1.

Jaringan pembukaan United diperoleh menerusi penyerang antarabangsa Mexico, Javier Hernandez pada minit ke-43. Masuk separuh masa kedua Chelsea menerima kejutan apabila pertahanannya, Ramirez dilayangkan kad merah.

Namun Dadier Drogba menjaringkan gol pada minit ke-73 namun serangan mengejutkan United berjaya merobek pertahanan Chelsea menerusi rembatan kencang Park Ji-Sung seminit kemudian. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain