suria

Group Lotus Yakin Dengan Kes Terhadap IMRT

KUALA LUMPUR: Group Lotus dan Proton Holdings Bhd gembira dengan keputusan mahkamah untuk mempercepatkan perbicaraan penuh bagi kes penggunaan nama Lotus dalam Formula 1 musim 2011.

Mahkamah Tinggi England menetapkan perbicaraan diadakan pada 21 Mac ini, demikian menurut Group Lotus dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Kami yakin pada perbicaraan nanti, Group Lotus akan berjaya menghalang 1Malaysia Racing Team (1MRT), Datuk Tony Fernandes dan syarikatnya, daripada menggunakan nama Lotus kami pada Formula 1," katanya.

Mengulas kenyataan media oleh 1MRT awal hari ini, Group Lotus berkata adalah tidak tepat dan representasi yang salah untuk menyatakan yang permohonan Group Lotus telah "ditolak".

"Tiada keputusan dibuat mengenai permohonan Group Lotus," katanya.

Hakim mencadangkan supaya perbicaraan dipercepatkan berhubung semua isu dalam kes itu, kata kumpulan berkenaan.

"Pada awalnya 1MRT menentang cara hakim untuk menyelesaikan semua cara dengan cepat dan sebelum bermulanya musim baru Formula 1 2011 tetapi perintah kemudiannya telah dibuat dan tarikh awal untuk perbicaraan penuh adalah pada 21 Mac," jelasnya.

"Group Lotus dan Proton sentiasa berpandangan bahawa perkara tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin untuk kepentingan Formula 1 dan peminat-peminatnya. Kami dengan ini mengalu-laukan keputusan tersebut," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cabaran Pendakian Adiq Bermula

Artikel Lain