suria

Gol Tunggal Priskin Jejas Peluang Arsenal

Priskin meraikan jaringannya ke atas Arsenal.
Priskin meraikan jaringannya ke atas Arsenal.
Priskin meraikan jaringannya ke atas Arsenal.

IPSWICH akan melangkah ke Stadium Emirates berbekalkan kelebihan satu gol ketika bertemui Arsenal pada perlawanan separuh akhir kedua selepas Tamas Priskin mengejutkan anak buah Arsene Wenger dengan kemenangan 1-0 di Portman Road.

Ian McParland mengambil alih kelab itu buat kali kedua dan gembira anak buahnya mempamerkan aksi luar biasa berbanding ketika kalah besar di tangan Chelsea pada Piala FA.

Ramai beranggapan Ipswich bukan tandingan Arsenal selepas melihat Wenger menurunkan barisan terkuat yang diketuai Cesc Fabregas.

Namun, pasukan tuan rumah beraksi dengan karakter tersendiri di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Jumlah gol itu masih belum mencukupi apabila Arsenal mempunyai satu lagi perlawanan untuk mara ke peringkat akhir bagi membuka peluang menjulang trofi pertama sejak 2005.

Selepas berjaya mengekalkan tempat dalam Piala FA menerusi sepakan penalti ke atas Leeds, tonggak utama Arsenal, Andrei Arshavin dan Nicklas Bendtner tampak gagal menemui sentuhan berbisa serta bergelut dengan prestasi yang tidak menentu.

Akhirnya, Priskin menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 12 minit.

Artikel Berikut

Artikel Lain