suria

Newcastle Kecundang Di Tangan Spurs

Lennon (kanan) meraikan jaringannya bersama pemain tengah Wales, Bale.
Lennon (kanan) meraikan jaringannya bersama pemain tengah Wales, Bale.
Lennon (kanan) meraikan jaringannya bersama pemain tengah Wales, Bale.

10 pemain Tottenham Hotspur menewaskan Newcastle 2-0 untuk mengatasi Chelsea dan mengisi kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol jaringan Aaron Lennon dan penyudah cemerlang, Gareth Bale membolehkan Spurs mengutip tiga mata penuh ke atas anak buah Alan Pardew.

Namun, skuad bimbingan pengurus Harry Redknapp itu terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain buat kali kedua dalam tempoh tiga hari selepas Younes Kaboul dilayangkan kad merah pada minit ke-65 selepas mengasari Cheik Tiote dengan kepalanya.

Penyerang Andy Carrol nyaris memecah kebuntuan untuk Newcastle apabila menanduk hantaran Guttierrez tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes.

Barisan tengah Newcastle kelihatan cemerlang tetapi rapuh di bahagian pertahanan untuk mengawal pergerakan Bale.

Danny Simpson ternyata gagal menyekat kelincahan pemain kelahiran Wales itu.

Artikel Berikut

2010 Tahun Cemerlang Khairul Fahmi

Artikel Lain