Piala Monsun:Ainslie Antara Empat Peserta Separuh Akhir - Sukan | mStar

Piala Monsun:Ainslie Antara Empat Peserta Separuh Akhir

KUALA TERENGGANU: Empat peserta separuh akhir Piala Monsun yang berlangsung di Pulau Duyong, di sini, telahpun diputuskan selepas persaingan sengit di peringkat suku akhir di kalangan lapan pasukan.

Ben Ainslie (TEAMORIGIN), Jesper Radich (Gaastra Racing Team), Bjorn Hansen (Hansen Global Team) dan Torvar Mirsky (Mirsky Racing Team) semuanya mara ke separuh akhir.

Ainslie, pemenang pingat emas Olimpik tiga kali menumpaskan Mathieu Richard (French Match Racing Team) sementara Mirsky dan krunya mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Johan Perlumbaan World Match Peter Gilmour (YANMAR Racing).

Seorang lagi peserta separuh akhir, Radich menumpaskan Francesco Bruni (Team Azzurra) dan Hansen menundukkan Ian Williams (Team GAC Pindar).

Bagaimanapun, johan bertahan Adam Minoprio (ETNZ/BlackMatch Racing) tersingkir dari acara tahun ini, semalam, dengan itu berakhirnya peluang beliau untuk mengekalkan kejuaraan dunia.

Keputusan Peringkat Suku Akhir Monsoon Cup 2010:

Bjorn Hansen (Hansen Global Team) mengalahkan Ian Williams (Team GAC Pindar) 3-1.

Jesper Radich (Gaastra Racing Team) mengalahkan Francesco Bruni (Team Azzurra) 3-2.

Ben Ainslie (TEAMORIGIN) mengalahkan Mathieu Richard (French Match Racing Team) 3-1.

Torvar Mirsky (Mirsky Racing Team) mengalahkan Peter Gilmour (YANMAR Racing). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Skuad Goalball Sasar Lima Pasukan

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel