suria

Hargreaves Terus Dirundung Malang

Hargreaves meninggalkan padang selepas menanggung kecederaan terbaru di bahagian hamstring.
Hargreaves meninggalkan padang selepas menanggung kecederaan terbaru di bahagian hamstring.
Hargreaves meninggalkan padang selepas menanggung kecederaan terbaru di bahagian hamstring.

OWEN Hargreaves sekali lagi ditimpa malang apabila bergelut dengan kecederaan terbaru selepas melakukan penampilan pertama bersama Manchester United setelah berehat panjang.

Bekas bintang Bayern Munich itu yang pernah bergelut dengan kecederaan kronik di lututnya dipanggil semula oleh Sir Alex Ferguson ketika bertemu Wolverhampton Wanderers selepas ketiadaan beberapa tonggak utama United.

Ferguson menganggap kecederaan baru itu sebagai malapetaka buat pemain berusia 29 tahun yang berhijrah ke Old Trafford sejak 2007.

Menjelang pertemuan dengan Manchester City pada Rabu, bilangan pemain United yang dihimpit kecederaan terus bertambah.

"Kami terpaksa mengambil risiko ke atas Hargreaves. Namun dia hanya mampu bertahan selama lima minit. Ia ibarat malapetaka. Dia menanggung kecederaan hamstring dan sukar dipercayai," kata Ferguson.

United kehilangan Dimitar Berbatov dan Michael Carrick kerana masing-masing kurang sihat manakala Nani dilanda kecederaan dan Wayne Rooney berada di Amerika Syarikat untuk memulihkan kecederaan buku lalinya.

"Patrice Evra, Paul Scholes dan Nemanja Vidic juga kurang sihat, jadi kami menurunkan Bebe. Dia ada potensi tetapi masih dalam proses pembelajaran," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain