suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Garang Ke Suku Akhir

PASUKAN Arsenal garang menempah aksi ke saingan suku akhir apabila menundukkan Newcastle United 4-0 pada perlawanan Piala Carling di St. James’ Park, awal pagi Khamis.

Kesilapan pemain Newcastle, Ryan Taylor yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya gagal dilaksanakan apabila bola itu melantun terkena kepala penjaga golnya, Tim Krul sekaligus bola itu meleret ke dalam gol menjadikan Arsenal mendahului 1-0.

Lapan minit selepas separuh masa kedua bermula, Theo Walcott menambah jaringan The Gunners pada minit ke-53 dan pada minit ke-83, Nicklas Bendtner turut menghasilkan gol ketiga pasukan itu.

Newcastle terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu apabila menamatkan permainan tanpa jaringan, manakala Arsenal berjaya menambah gol terakhir minit ke-88 melalui gol kedua jaringan Walcott.

Artikel Sebelum

Artikel Lain