suria

600 cc SuperSports: Fuad Berhasrat Baiki Prestasi Di Zhuhai

PETALING JAYA: Penunggang motosikal berkuasa 600 cc SuperSports, Ahmad Fuad Baharudin berhasrat membaiki prestasi pada pusingan kelima kejohanan perlumbaan jalan Asia PETRONAS (PETRONAS Asia Road Racing Championship) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China dari 29 hingga 31 Oktober ini.

Penunggang veteran itu setakat ini gagal untuk sekurang-kurangnya mencapai prestasi rakan-rakan sepasukannya, Azlan Shah Kamaruzaman and Md Zamri Baba dari PETRONAS Yamaha Malaysia.

Azlan dan Md Zamri berjaya mencatatkan tiga kemenangan podium setiap seorang dalam empat pusingan yang diadakan di Malaysia, Japan, Indonesia dan India.

Azlan dan Zamri yang masing-masing memperolehi 87 mata kini terikat pada kedudukan ketiga dalam kedudukan keseluruhan SuperSports.

Manakala Fuad pada kedudukan kesembilan dengan 44 mata.

Penunggang berusia 31 tahun itu berhasrat untuk mengakhiri kemarau kemenangan di Litar Antarabangsa Zhuhai pada hujung minggu ini.

"Saya menghadapi masalah pada enjin pada tahun ini. Saya gagal mendapat setup terbaik untuk motosikal Yamaha YZF-R6 saya dan akibatnya, ia menjejaskan keyakinan saya untuk memberikan persembahan terbaik semasa perlumbaan.

"Oleh itu, saya mengambil langkah selamat dengan tidak menguji sepenuhnya enjin motosikal saya. Dengan itu sekurang-kurangnya saya mengutip beberapa mata daripada pulang tanpa sebarang hasil," katanya.

Tambah Fuad, para mekanik pasukan sedang menyelesaikan masalah itu dan saya pasti isu-isu tersebut dapat diselesaikan sebelum mereka pergi ke Zhuhai.

"Ia sepatutnya bukan merupakan masalah kerana kami telah berlumba selama beberapa tahun," katanya.

Bukan itu sahaja, Fuad berharap untuk mengulangi kejayaan berganda yang dicapainya di litar yang sama pada tahun lalu.

"Untuk perlumbaan di India, terdapat perlumbaan yang ketara pada Yamaha. Saya dapat menyaingi Azlan pada pusingan akhir tetapi tarmak adalah licin ekoran hujan dan saya terbabas.

"Moga-moga cuaca di Zhuhai adalah panas supaya saya dapat memberikan persembahan terbaik sekali gus membaiki prestasi perlumbaan saya pada tahun ini," katanya.

Ditanya sama ada umurnya yang meningkat menyebabkan prestasinya merudum, Fuad menjelaskan, umur bukan merupakan faktor utama penentu kehebatan seseorang pelumba.

"Barangkali saya kurang agresif berbanding pesaing yang lebih muda tetapi saya mempunyai pengalaman. Kadang-kala, penunggang muda boleh menandingi penunggang berpengalaman," kata Fuad sambil merujuk kepada persaingan antara dua penunggang MotoGP, Valentino Rossi, 31 dan Jorge Lorenzo, 23.

Sementara itu, penunggang PETRONAS Yamaha Thailand, Decha Kraisat dan rakan sepasukan, Chalermpol Polamai mendominasikan dua tempat tertinggi dengan memperolehi 108 mata dan 90 mata masing-masing.

Artikel Berikut

Artikel Lain