suria

Pingat Emas Wanniarachchi Bakal Ditarik Balik

Manju Wanniarachchi bersama pingat emas yang dimenangi pada Sukan Komanwel baru-baru ini.
Manju Wanniarachchi bersama pingat emas yang dimenangi pada Sukan Komanwel baru-baru ini.
Manju Wanniarachchi bersama pingat emas yang dimenangi pada Sukan Komanwel baru-baru ini.

ATLET tinju Sri Lanka, Manju Wanniarachchi gagal dalam ujian dadah sekaligus menyaksikan pingat emas yang dimenangi dalam kategori 56 kilogram (bantam weight) pada Sukan Komanwel di India baru-baru ini bakal ditarik balik.

Wanniarachchi menjadi wira Sri Lanka dengan meraih emas setelah menunggu hampir 72 tahun selepas mengalahkan Sean McGoldrick dari Wales namun kegembiraan itu tidak berpanjangan.

Presiden Olimpik Kebangsaan Sri Lanka, Hemasiri Fernando berkata, surat yang diterima daripada pasukan anti-doping Sukan Komanwel mengesahkan ujian yang dilakukan ke atas Wanniarachchi mengandungi jumlah dadah jenis nadrolone yang tinggi.

“Kami telah mmemaklumkan perkara itu kepada pegawai Persatuan Tinju Kebangsaan. Sekarang terpulang kepada Wanniarachchi untuk mengadakan ujian saringan kedua.

“Sekiranya ia tetap positif dadah, Wanniarachchi akan kehilangan pingat emasnya dan bakal menghadapi penggantungan dalan sukan ini,” katanya.

Fernando berkata, pihaknya memahami situasi yang dialami Wanniarachch dan mengakui dia menjadi mangsa keadaan.

“Dia telah disuntik dengan dadah itu enam bulan lalu bagi masalah kesihatannya. Sekiranya betul, pihak kami akan berbincang dengan Agensi Anti-Doping bagi meringankan hukuman itu,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alonso Juara GP Korea

Artikel Lain