Hup Wei Tekad Buat Lompatan Pingat Di Guangzhou - Sukan | mStar

Hup Wei Tekad Buat Lompatan Pingat Di Guangzhou

KUALA LUMPUR: Walaupun gagal memperoleh pingat pada Sukan Komanwel di New Delhi baru-baru ini, jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, bertekad untuk melakukan persembahan terbaik di Sukan Asia Guangzhou bulan hadapan. Atlet kelahiran Dengkil itu berkata beliau akan lebih berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan pada Sukan Komanwel.

"Kesilapan saya di New Delhi adalah kerana terlalu ghairah mengejar pingat sehingga cedera di bahagian pergelangan kaki. Namun ianya tidak begitu serius," katanya.

Ketika beraksi di New Delhi, persembahan Lee agak mengecewakan apabila sekadar melepasi 2.23 meter, jauh lebih rendah daripada keupayaannya pada 2.27m yang juga rekod kebangsaan.

"Saya mendapat sedikit keyakinan untuk membawa pulang pingat dari China nanti berdasarkan rekod lompatan terbaik yang pernah saya lakukan sebelum ini," katanya. Pada Sukan Asia Doha 2006, Lee menduduki tempat kelapan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain