suria

Hasli, Hafiz Raih Perak Acara Pistol

NEW DELHI: Penembak negara Hasli Izwan Amir Hassan dan Hafiz Adha hari ini meraih pingat perak acara berpasangan 25m Rapid Fire Pistol Sukan Komanwel di Lapang Sasar Dr Karni Singh di sini, Khamis.

Mereka mengumpul 1,144 mata keseluruhan, 18 mata kurang daripada pasangan India, Vijay Kumar dan Gurpreet Singh yang memecah rekod kejohanan 1,134 mata.

"Kita memerlukan satu keajaiban untuk mengatasi India yang sememangnya handal dalam cara ini," kata jurulatih menembak Mohd Hashim Desa ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, pencapaian Hasli Izwan dan Hafiz harus dibanggakan.

Pasangan Australia, Bruce Quick dan David Chapman mendapat pingat gangsa setelah mengumpul 1,125 mata. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain