suria

Bekas Juara Janjikan Perlawanan Menarik

KUALA LUMPUR: Beberapa bekas juara tenis Grand Slam yang akan beraksi di Stadium Malawati di Shah Alam esok menjanjikan perlawanan yang hebat.

Mereka termasuk bekas-bekas juara Wimbledon Ivan Lendl, Mats Wilander, Goran Ivanisevic dan Pat Cash selain pemain wanita Martina Hingis dan Anna Kournikova yang akan menyertai pertandingan "Showdown of Champions 2010, A Night of Aces".

"Walaupun tenis bukan sukan utama di negara ini, saya diberitahu ramai peminat akan hadir esok," kata Kournikova kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau akan berdepan Hingis, pemenang 15 gelaran Grand Slam di zaman kegemilangannya dari 1996 hingga 2002.

Adlin Zabri, timbalan pengerusi LD Sports selaku penganjur, berkata acara itu bukan saja membolehkan peminat menyaksikan perlawanan yang bermutu tetapi bertujuan meningkatkan minat terhadap tenis di negara ini.

Tiket berharga antara RM28 dan RM288. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi www.fatdeal.com.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain