suria

Messi Tersenarai Dalam Skuad Argentina

Kecederaan tidak sesekali menghalang Messi untuk mengiringi Argentina bertemu Jepun.
Kecederaan tidak sesekali menghalang Messi untuk mengiringi Argentina bertemu Jepun.
Kecederaan tidak sesekali menghalang Messi untuk mengiringi Argentina bertemu Jepun.

LIONEL Messi disenaraikan dalam skuad Argentina pada Khamis menjelang perlawanan persahabatan dengan Jepun di Saitama bulan depan walaupun berdepan dengan masalah kecederaan.

Messi menanggung kecederaan di buku lali kanan ketika beraksi bersama Barcelona, minggu lalu tersenarai dalam skuad pengurus Sergio Batista kerana beliau mahu mengiringi rakan sepasukannya walaupun kurang cergas, menurut jurucakap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).

"Messi dipanggil kerana dia mahu menyertai pasukan. Terdapat beberapa sebab penting dia perlu hadir. Dia sentiasa ingin bersama-sama rakan sepasukannya," kata Guillermo Tofoni yang mengatur kalendar persahabatan AFA.

Pemain tengah Valencia, Ever Banega yang menonjol bersama Argentina ketika membantu menewaskan Sepanyol 4-1, awal bulan ini tidak tersenarai dalam skuad pasukan untuk pertemuan pada 8 Oktober ini.

Namun, pemain Real Madrid, Fernando Gago yang terlepas aksi menentang Sepanyol di Buenos Aires disenaraikan dalam skuad seperti yang diumumkan dalam laman web AFA.

Bekas pemain Bayern Munich, Jose Sosa yang kini memperkuat Napoli turut tersenarai dalam barisan utama Argentina.

SENARAI PEMAIN:

Penjaga gol: Sergio Romero (AZ Alkmaar), Mariano Andujar (Catania), Oscar Ustari (Getafe)

Pemain pertahanan: Martin Demichelis (Bayern Munich), Walter Samuel, Javier Zanetti (Inter Milan), Nicolas Burdisso (AS Roma), Gabriel Heinze (Olympique Marseille), Pablo Zabaleta (Manchester City), Gabriel Milito (Barcelona)

Pemain tengah: Javier Mascherano (Barcelona), Fernando Gago, Angel Di Maria (both Real Madrid), Jose Sosa (Napoli), Esteban Cambiasso (Inter Milan), Mario Bolatti (Fiorentina), Andres D'Alessandro (Internacional), Javier Pastore (Palermo), Nicolas Gaitan (Benfica)

Penyerang: Gonzalo Higuain (Real Madrid), Carlos Tevez (Manchester City), Sergio Aguero (Atletico Madrid), Lionel Messi (Barcelona), Diego Milito (Inter Milan), Ezequiel Lavezzi (Napoli)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain