suria

Kami Kalah Bermaruah: Tabarez

Diego Forlan (kanan) menenangkan rakan sepasukannya, Martin Caceres selepas tamat perlawanan separuh akhir, awal pagi tadi. Foto AP
Diego Forlan (kanan) menenangkan rakan sepasukannya, Martin Caceres selepas tamat perlawanan separuh akhir, awal pagi tadi. Foto AP
Diego Forlan (kanan) menenangkan rakan sepasukannya, Martin Caceres selepas tamat perlawanan separuh akhir, awal pagi tadi. Foto AP

URUGUAY, pasukan terakhir untuk melayakkan diri ke pusingan final Piala Dunia 2010 terus mengibarkan bendera Amerika Selatan sebelum tewas 2-3 kepada Belanda pada aksi separuh akhir, awal pagi tadi.

Selepas menempuh 20 perlawanan kelayakan dengan pelbagai rintangan sehingga berjaya melangkah ke Afrika Selatan, Uruguay tetap berbangga dengan pencapaian pasukan walaupun perjuangan mereka terhenti di peringkat separuh akhir.

"Jika kami terpaksa memilih cara untuk tewas, ia akan berlaku seperti ini. Ia satu lagi peluang buat kami untuk membuktikan keupayaan pasukan dan membuktikan kami tetap lawan yang sukar.

"Selepas melihat semula pencapaian pasukan, apa yang boleh kami katakan adalah kami antara empat finalis di separuh akhir. Tiga daripada pasukan itu adalah kuasa besar Eropah," kata Pengurus Uruguay, Oscar Tabarez.

Juara Piala Dunia akan menjadi milik negara Eropah buat pertama kalinya dalam perlawanan di luar Eropah ketika Belanda menunggu keputusan aksi separuh akhir kedua di antara Jerman dan Sepanyol di Durban awal pagi esok.

Selepas empat pasukan Amerika Selatan mara ke kelompok lapan terakhir, Uruguay satu-satunya pasukan yang mara ke separuh akhir dengan Argentina, Brazil dan Paraguay tersingkir pada peringkat itu.

"Saya percaya kami boleh memberi tekanan kepada Belanda dalam setiap ruang. Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan. Mereka mempamerkan corak permainan seimbang dengan lawan," ujarnya.

Artikel Lain