suria

Aksi Menakjubkan Belanda Tewaskan Brazil

PORT ELIZABETH: Brazil tersungkur pada aksi suku akhir Piala dunia apabila tewas kepada Belanda 1-2 malam tadi di Stadium Nelson Mandela Bay, di sini.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan impian juara dunia lima kali menjuarai Piala Dunia buat kali keenam di hadapan lebih 40,000 penonton.

Brazil mendahului melalui gol Robinho pada minit ke-10 sebelum Belanda bangkit pada separuh masa kedua melalui gol penyamaan jaringan sendiri oleh pemain tengah, Felipe Melo pada minit ke-53.

Wesley Sneijder muncul wira Oranje apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-67.

Skuad samba yang seolah-olah mencari gol penyamaan kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Melo dilayangkan kad merah pada minit ke-73 selepas mengasari Arjen Robben.

Belanda akan bertemu pemenang antara Uruguay dan Ghana pada peringkat separuh akhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain