suria

Hodgson Ganti Tempat Benitez Di Anfield

Hodgson akan mengemudi Liverpool pada musim depan. Foto AP
Hodgson akan mengemudi Liverpool pada musim depan. Foto AP
Hodgson akan mengemudi Liverpool pada musim depan. Foto AP

PENGURUS Fulham, Roy Hodgson berlepas ke England dengan harapan agar kontraknya untuk menjadi pengurus baru Liverpool dipersetujui dengan segera.

Hodgson dilihat sebagai calon utama untuk mengisi kerusi Pengurus England, Fabio Capello jika skuad The Three Lions tersingkir daripada aksi peringkat kumpulan C semalam.

Namun, Jermain Defoe diangkat sebagai wira England apabila menghadiahkan mata kemenangan pada babak pertama sekali gus meniupkan semula peluang pasukan ke pusingan kalah mati.

Hodgson merupakan buruan utama The Reds untuk menggantikan Rafael Benitez yang meninggalkan Anfield untuk mengemudi Inter Milan musim depan.

Menurut laporan The Mirror, Liverpool sudah mengemukakan tawaran rasmi untuk menyempurnakan perpindahan Hodgson pada minggu lalu.

Perbincangan di antara Hodgson dan Liverpool sudahpun dicapai dan pengurus Fulham itu kini sedang bekerjasama dengan stesen televisyen BBC sebagai penganalisis sukan untuk Piala Dunia di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, Hodgson sudah kembali ke England untuk menandatangani perpindahan ke Liverpool dan The Reds merancang untuk mengumumkan pelantikan itu dalam tempoh dua hari lagi.

Liverpool sudah bertemu dengan beberapa calon termasuk Pengurus Aston Villa, Martin O'Neill, bekas Pengurus Real Madrid, Manuel Pellegrini dan Alex McLeish dari Birmingham City.

Lagenda The Reds, Kenny Dalglish dan Pengarah Urusan, Christian Purslow diberi tanggungjawab untuk mencari pengurus baru dan kedua-duanya memutuskan Hodgson adalah calon tepat untuk mengembalikan maruah Liverpool.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain