Kecederaan Bintang Jejas Seri Piala Dunia - Sukan | mStar

Kecederaan Bintang Jejas Seri Piala Dunia

Robben mengerang kesakitan selepas meledak dua gol untuk Belanda, semalam. - Foto AFP
Robben mengerang kesakitan selepas meledak dua gol untuk Belanda, semalam. - Foto AFP

TINGGAL lima hari saja kemuncak aksi Piala Dunia akan membuka tirainya di Afrika Selatan. Belumpun, perlawanan bermula berita kecederaan ayam tambatan pasukan masing-masing telah menghangatkan bahang kejohanan.

Ketiadaan pemain-pemain terkemuka dunia nyata amat dirasaikan peminat bola sepak seluruh negara malah ada yang menyifatkan kejohanan tahun ini, ibarat hilang seri.

Terbaru, Belanda kehilangan pemain sayap Arjen Robben yang terpaksa meninggalkan padang dalam keadaan terhincut-hincut ketika menewaskan Hungary 6-1 pada perlawanan pemanas badan di Amsterdam, semalam.

Dia sempat menjaringkan dua gol sebaik diturunkan dari bangku simpanan tetapi kecederaan serius di hamstring kaki kirinya menghentikan langkah Robben pada minit ke-85.

Namun, dia masih akan menyertai Belanda untuk mengharungi misi getir selama sebulan di benua Afrika selepas tahap kecederaan diketahui hari ini. Andai dia terpaksa diketepikan, Belanda akan kehilangan senjata utama yang dilihat semakin menjadi-jadi selepas berhijrah ke Bayern Munich dari Real Madrid.

Selain itu, kecederaan buku lali pemain bek tengah, John Heitinga turut meresahkan Pengurus Belanda Bert van Marwijk.

Ketiadaan pemain tengah Mikel Jon Obi pastinya memberi tamparan hebat buat skuad Nigeria. Kecederaan lutut yang semakin meruncing menyebabkan Persatuan Bola Sepak Nigeria memutuskan untuk menggantikan tempatnya dengan Ideye Brown. Mikel terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk memperkuat negaranya.

Pemain pertahanan Slovakia Martin Skrtel turut bergelut dengan kecederaan, semalam. Dia menanggung kecederaan di bahagian buku lali pada minit ke-13 ketika Slovakia menundukkan Costa Rica, 3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa. Begitupun, dia tetap akan berlepas ke Afrika Selatan bersama dengan skuad Slovakia.

Lebih memeritkan buat England apabila kehilangan pemain pertahanan Rio Ferdinand yang mengalami kecederaan lutut ketika menjalani sesi latihan pertama di Rustenberg, kelmarin. Ketiadaannya sedikit sebanyak menjejaskan misi skuad The Three Lions itu untuk bergelar juara tahun ini.

Ferdinand merupakan pemain pertahanan terbaik di Eropah pada ketika ini selepas membantu Manchester United melangkah ke peringkat akhir Liga Juara-juara Eropah dan mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketiga Red Devils pada musim 2008/2009.

Tempat Ferdinand kini diisi pemain Tottenham Hotspur, Michael Dawson yang menerima panggilan daripada Capello pada saat-saat akhir, Jumaat lalu. Prestasi Dawson bersama Spurs yang memberangsangkan pada kempen EPL musim lalu mungkin menjadi faktor utama dia diserapkan ke dalam skuad akhir England pada tahun ini.

Tindakan drastik Capello tidak menyenaraikan pemain Arsenal, Theo Walcott dalam 23 skuad akhir England nyata mengejutkan ramai pihak. Pengurus berusia 63 tahun itu tidak menyenaraikan Walcott kerana berpendapat dia tidak sematang Shaun Right Philips (Manchester City) dan Joe Cole (Chelsea) yang nyata lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa.

Bekas kapten England, David Beckham, antara pemain paling dikenali di dunia juga terpaksa melupakan hasrat untuk mewakili England pada kali ini apabila mengalami kekoyakkan di bahagian tisu Achilles ketika mewakili AC Milan.

Kini, tiada lagi aksi pemain 'kaki emas' yang berjaya membawa England mara ke pusingan final Piala Dunia 2002 menerusi sepakan percumanya di saat pasukan itu hanya memerlukan keputusan seri. Pada ketika itu England berjaya mengikat kedudukan 2-2 dengan Greece pada Oktober 2001.

Jerman pula terpaksa bekerja lebih keras tanpa kelibat kapten Jerman, Michael Ballack yang senasib dengan Bekcham selepas kecederaan buku lali yang dialaminya sejak bulan lalu berlarutan.

Begitupun, skuad kendalian Pengurus Joachim Low itu mempunyai ramai pemain berpengalaman seperti Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Miroslav Klose dan Lukas Podolski. Jerman juga kehilangan penjaga gol, Rene Adler dan tengah Simon Rolfes akibat kecederaan.

Pada minggu lalu, pemain tengah Ghana, Michael Essien (Chelsea) tidak disenaraikan selepas gagal pulih daripada kecederaan lutut.

Pemain lain yang cedera termasuk penyerang Mexico Guillermo Franco, perancang Itali Andrea Pirlo, penyerang Chile Humberto Suazo dan penyerang Amerika Syarikat Jozy Altidore.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

default image

United Buru Khidmat Kjaer Ganti Vidic

default image

Sekitar Gosip Bola Sepak Antarabangsa

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain