suria

Ferguson Intai Khidmat Krkic

Krkic antara buruan utama Ferguson pada perpindahan musim panas ini.
Krkic antara buruan utama Ferguson pada perpindahan musim panas ini.
Krkic antara buruan utama Ferguson pada perpindahan musim panas ini.

LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson sedia membelanjakan 12 juta pound (RM57.7 juta) untuk membawa masuk penyerang muda Barcelona, Bojan Krkic.

Krkic, 19, mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab Catalan itu dan meledak 500 gol pada usia remajanya.

Prestasi memberangsangkan Krkic musim lalu apabila menjaringkan lapan gol untuk kempen La Liga mula menambat hati Ferguson yang ingin menggandingkannya dengan Wayne Rooney di jentera serangan.

Pemain Mexico, Javier Hernandez semakin menghampiri perpindahan ke Old Trafford musim depan dan kesangsian Ferguson terhadap prestasi Dimitar Berbatov dan Michael Owen menguatkan lagi hasratnya untuk membawa masuk beberapa muka baru.

Kehadiran penyerang Valencia, David Villa ke Nou Camp bulan lalu menyebabkan peluang Krkic untuk mengisi kesebelasan utama pasukan mula samar.

Kini, Ferguson hanya menunggu keputusan Pengurus Pep Guardiola sama ada dia bersetuju melepaskan penyerang berbisan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain