suria

Sukma Melaka Tanda Aras Baru Penganjuran Sukan

DUNGUN: Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka akan menjadi tanda aras baru dari segi kemampuan penganjuran dan bilangan acara sukan yang akan dipertandingkan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya tuan rumah telah membuat persediaan akhir dengan rapi menjelang kejohanan yang akan berlangsung 10 Jun ini.

"Kejohanan ini antara yang terbesar dan kita mengharapkan agar banyak rekod baru dicipta," katanya ketika menutup Seminar Transformasi Bina Masa Depan di bawah program e-Kasih Jabatan Pertanian dekat sini hari ini.

Ahmad Shabery berharap setiap peserta dan negeri yang mengambil bahagian akan memberi kerjasama baik sepenuhnya bagi memastikan Sukma kali ini tidak dicemari perkara tidak diingini.

Artikel Lain