suria

Modric Kekal di White Hart Lane Enam Tahun Lagi

LONDON: Pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric menandatangani kontrak baru selama enam tahun dan akan kekal di White Hart Lane sehingga 2016.

Pembaharuan kontrak itu sekali gus menamatkan spekulasi yang mengaitkan pemain berusia 24 tahun itu akan menyertai Manchester United.

Modric berhijrah ke Spurs pada 2008 dari Dinamo Zagrab dengan yuran perpindahan bernilai 16 juta pound dan membantu kelab itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menempah tiket ke aksi Liga Juara-juara Eropah buat pertama kalinya dalam sejarah.

Walaupun bergelut dengan kecederaan serius pada awal kempen musim lalu, pemain kebangsaan Croatia itu melakukan 25 penampilan dalam aksi liga dan meledak tiga gol.

Mordic turut menerima tawaran daripada beberapa kelab lain tetapi dia menegaskan boleh memenuhi impiannya bersama Spurs.

"Tottenham Hotspur memberi banyak peluang kepada saya dalam EPL. Memang saya ada menerima tawaran dari kelab lain tetapu saya tidak berminat untuk berpindah ke mana-mana.

"Musim lalu adalah pengalaman paling menakjubkan untuk kami. Saya merasakan kami boleh terus memperbaiki mutu persembahan dan mencapai segalanya pada musim depan," kata Modric dalam satu kenyataan di laman web Spurs.

Artikel Lain