Demam Tidak Jejaskan Semangat Wong Untuk Bertarung - Sukan | mStar

Demam Tidak Jejaskan Semangat Wong Untuk Bertarung

KUALA LUMPUR: Walaupun diserang demam hanya beberapa hari menjelang berlangsungnya perlawanan akhir Piala Uber hujung minggu ini, namun pemain perseorangan Malaysia Wong Mew Choo tetap bersemangat tinggi dan berazam untuk mempamerkan persembahan terbaiknya pada kejohanan berprestij itu.

Ketika ditemui di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini, Wong berkata kini dia berasa sihat tetapi memikirkan tentang keadaan jurulatih Rashid Sidek dan Misbun Sidek, yang dikenakan kuarantin akibat diserang virus H1N1.

"Saya dah buat pemeriksaan dan tak ada apa yang perlu dirisaukan. Ia hanya demam biasa," katanya.

Walaupun berasa agak lemah dan mengalami sedikit masalah berkaitan pernafasan, namun Wong berkata dia tidak akan menarik diri daripada mewakili negara pada kejohanan itu.

"Saya tak akan berundur pada saat-saat akhir terutama memandangkan rakan sepasukan amat mengharapkan kehadiran saya. Kalau saya berasa lemah, saya akan berusaha melawannya. Saya tak akan mengalah sebelum berjuang," katanya dengan penuh bersemangat.

Pemain Nombor 22 dunia ini akan membuka tirai cabaran Malaysia pada kejohanan itu dengan menentang Rena Wang (pemain nombor 74 dunia) dari Amerika, yang dijangka mampu dikalahkannya dengan mudah.

Wong akan menghadapi cabaran sebenar pada perlawanan berikutnya apabila dia menentang pemain Nombor 1 dunia Wang Yihan dari China.

Walaupun banyak pihak meramalkan pertemuan itu akan memihak kepada Wang, namun Wong tetap mempunyai peluang untuk menang memandangkan dia pernah mengalahkan pemain China itu pada kejohanan Super Siries Terbuka China pada November 2009.

Pemain lain yang menganggotai pasukan kebangsaan ialah pemain perseorangan Sannatasah Sanuri dan Tee Jing Yi, manakala pemain beregu pula ialah Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Pusingan akhir kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber bermula Ahad ini hingga 16 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain