suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tottenham Catat Sejarah Baru Selepas Tewaskan Man City 1-0

MANCHESTER: Tottenham Hotspurs meraih kedudukan paling cemerlangan dalam sejarah penglibatan kelab itu dalam liga perdana apabila menewaskan Manchester City 1 - 0 awal pagi tadi sekaligus melayakkannya menyertai Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Gol kemenangan Spurs dijaringkan oleh penyerang England, Peter Crouch pada minit ke-82.

Dengan kemenangan itu juga, Spurs memperolehi 70 mata - empat mata lebih berbanding City yang menduduki tempat kelima ketika tinggal hanya satu perlawanan liga sahaja lagi untuk musim ini.

Kekalahan Manchester City juga menghampakan jurulatihnya dari Itali, Roberto Mancini yang meletakkan sasaran tempat keempat musim ini apabila beliau mengambil alih jawatan itu daripada Mark Hughes.

Kali terakhir Spurs beraksi pada kejohanan Piala Eropah ialah pada tahun 1961 dan mereka tidak pernah menduduki tempat empat teratas sejak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan.

Harry Reknapp yang hanya dilantik sebagai pengurus Spurs oada musim 2008 telah benar-benar berjaya melakukan transformasi ke atas kelab London itu dan kejayaannya ini bakal menyaksikan beliau dinobatkan sebagai pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini.

Malah Spurs berpeluang menduduki tempat ketiga Ahad ini sekiranya Arsenal tewas kepada Fulham dan Spurs menang dalam perlawanan terakhir masing-masing. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain