suria

Franck Ribery Terlepas Final Piala Eropah

SUPREMO Bayern Munich, Franck Ribery akan terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah selepas UEFA mengantungnya untuk tiga perlawanan.

Pemain Perancis itu telah dilayangkan kad merah selepas dia memijak pemain Lyon, Lisandro Lopez dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir kejohanan tersebut Rabu lepas. Dalam perlawanan itu, Bayern menang 1-0.

Dalam perlawanan kedua yang berlangsung awal pagi tadi, Bayern membelasah Lyon 3-0 untuk mara ke perlawanan akhir.

Ini bermakna Ribery akan terlepas perlawanan akhir yang akan berlangsung di Madrid pada 22 Mei depan menentang sama ada Barcelona atau Inter Milan.

Pemain itu juga akan terlepas perlawanan pertama kejohanan pada musim hadapan.

Bagaimanapun Bayern Munich diberi tempoh tiga hari untuk membuat rayuan kepada UEFA secara rasmi.

Bayern memenangi Piala Eropah sebanyak empat kali dan kali terakhir mereka berjaya menjulang piala paling berprestij di Eropah ini ialah pada tahun 2001.

Berita mengenai pengantungan sebanyak tiga perlawanan itu melengkapkan minggu penuh pancaroba buat Ribery yang kini sedang dalam siasatan pasukan polis Perancis kerana melanggani perempuan di bawah umur.

Di bawah undang-undang Perancis, adalah menjadi satu kesalahan besar untuk meniduri perempuan di bawah umur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain