suria

Selangor Menang 1- 0 Menentang P. Pinang

BATU KAWAN: Pendahulu Liga Super, Selangor menang tipis 1-0 dalam perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan di sini malam tadi.

Pasukan Red Giant dilihat bermain lebih baik pada separuh masa pertama dengan melakukan beberapa serangan ke gawang gol Pulau Pinang, bagaimanapun ia gagal menghasilkan jaringan.

Separuh masa kedua menyaksikan gol tunggal perlawanan dihasilkan melalui sepakan kencang pemain Selangor, Rudie Ramli pada minit ke-77 menewaskan penjaga gol tuan rumah, Amir Omar Khata.

Asakan demi asakan dibuat, namun banyak peluang gagal disempurnakan barisan penyerang Pulau Pinang hingga tiupan wisel terakhir. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Spurs, Liverpool Menang

Artikel Berikut

Artikel Lain