suria

Mohd Amirul Shafiq Sandaran MYA Buru Pingat Olimpik Remaja 2010

KUALA LUMPUR: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) mempertaruhkan pelayar muda, Mohamad Amirul Shafiq Md. Jais, sebagai sandaran utama untuk memburu pingat pada Temasya Olimpik Remaja 2010 di Singapura pada Ogos depan.

Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata beliau yakin dengan kemampuan Mohamad Amirul Shafiq ,15, yang berjaya menduduki tempat kedua ketika bersaing pada kejohanan pusingan kelayakan Asia Byte CII di Pattaya, Thailand pada November lepas.

"Kita berharap memenangi sekurang-kurangnya sebutir pingat menerusi acara ini memandangkan sukan perahu layar semakin popular di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain Mohamad Amirul Shafiq, turut dipilih menyertai temasya itu ialah pelayar wanita, Khaurneeta Mohd Afendy, 15, yang juga mengambil bahagian dalam acara 'Byte CII'.

Sebanyak 26 acara sukan akan dipertandingkan pada temasya itu yang julung kalinya dianjurkan mulai 14 hingga 26 Ogos termasuk perahu layar, akuatik, memanah, olahraga, badminton, bola keranjang, tinju, berkayak, lawan pedang, bola sepak, ekuestrian, gimnastik, bola baling, hoki, judo, menembak, angkat berat dan berbasikal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain