suria

MMRC: Penduduk Duyong Keluar Beramai-Ramai Pastikan Kemenangan Pasukan Tempatan

KUALA TERENGGANU: Penduduk Pulau Duyong yang gemar bersantai kini menemui sesuatu untuk dinikmati kejohanan kapal layar dikenali sebagai Malaysian Match Racing Championship (MMRC) yang bermula esok.

Mereka akan keluar beramai-ramai untuk memberi sokongan padu kepada pasukan tempatan yang pertama, Duyong Heritage Sailing Team (DHST).

Diketuai oleh skipper Mohd Rais Hashim and anggota pasukannya terdiri daripada Mohd Azhar (bowman), Saiful Bahari (trimmer), Amran Abdul Rahman (grinder) dan Mohd Noor Abdullah (mainsail), pasukan itu amat menyedari hakikat bahawa mereka perlu bekerja lebih keras daripada yang lain memandangkan mereka masih kurang pengalaman atau tajaan besar dari segi dana.

"Kerana itu kami perlu menunjukkan persembahan hebat dan barangkali mendapatkan kemenangan sebagai membalas budi penaja kami yang memberikan sumbangan," kata Mohd Rais dalam satu kenyataan hari ini.

Pertama kali menyertai kejohanan ini, DHST terpaksa bergantung pada tajaan untuk sekali sebanyak RM3,000 dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri, serta bantuan kewangan daripada pihak lain seperti Pusat Pembangunan bagi kawasan Dewan Negeri Bukit Tunggal dan beberapa individu.

"Tajaan ini banyak membantu kami oleh kerana ia menolong menampung kos latihan harian kami seperti membayar sewa bot RM200 sehari untuk latihan dua jam," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pasukan itu cukup bersemangat dan kerana itu yakin dapat mengejutkan 13 pasukan lain untuk merebut penyertaan secara 'wild card' di kejohanan Monsoon Cup iaitu peringkat akhir World Match Racing Tour.

"Kami akan lakukan dengan terbaik. Mungkin kami kurang pengalaman tetapi pengetahuan kami tentang sirkit ini mengimbangi hal itu," kata beliau.

Pada April, DHST muncul johan semasa pertandingan di Terengganu Closed Match Racing Championship.

MMRC diperkenalkan sebagai kejohanan kelayakan bagi Monsoon Cup demi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai perlumbaan kapal layar di peringkat tertinggi.

Satu lagi kejohanan kelayakan ialah Asian Match Racing Challenge (AMRC).

Kejohanan Monsoon Cup akan berlangsung dari 1 hingga 6 Disember di venue yang sama. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain