Kelantan pasukan pertama tempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia - Sukan | mStar

Kelantan pasukan pertama tempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Walaupun masih berbaki dua perlawanan, Kelantan menjadi pasukan pertama menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia selaku juara kumpulan E apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam semalam.

Beraksi di laman sendiri, Kelantan terlebih dahulu membuka jaringan melalui Mohd Khalid Jamlus pada minit ke-42 sebelum pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-65 melalui S.Chanthuru.

Gol itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat anak-anak buah B.Sathianathan apabila Indra Putra Mahayuddin meledak dengan gol kemenangan pada minit ke-80 untuk membolehkan Kelantan memenangi semua empat perlawanan yang telah diharungi.

Kelantan kini mengumpul 12 mata diikuti rapat Kedah dengan empat mata setelah mencatatkan kemenangan 30 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Lawan Kelantan di peringkat suku akhir adalah juara kumpulan A yang menjadi perebutan antara KL Plus dan Perlis dengan masing-masing mengumpul sepuluh dan sembilan mata.

Kedua-dua pasukan itu mencatatkan kemenangan malam ini apabila Perlis membelasah Melaka 5-0 di Stadium Utama manakala jaringan hatrik Mohd Fauzi Shaari pada membolehkan KL Plus membenam cabaran Pahang 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.

Selangor yang turut berpeluang untuk mengikut jejak Kelantan masih memerlukan satu mata daripada baki dua perlawanan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir selaku juara kumpulan D walaupun menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Shah Alam malam semalam.

Sabah bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-32 melalui Zainizam Marjan sebelum ketua pasukan Mohd Amri Yahyah menyamakan kedudukan pada minit ke-43 untuk kedudukan 11 separuh masa pertama.

Selangor terus mempamerkan penguasaan dan menambah tiga gol pada separuh masa kedua melalui gol Mohd Safee Sali (m56), Mohd Hardi Jaafar (m69) dan Mohd Amri seminit sebelum tamat perlawanan.

Satu lagi perlawanan kumpulan D menyaksikan Kuala Muda Naza menundukkan PDRM 3-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar hasil jaringan Farderin Kadir (m56 dan 68) dan Mohd Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-75 untuk berada di kedudukan kedua kumpulan dengan enam mata.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula, Abdul Manaf Mamat meledak dengan hatrik pada minit ke-12, 37 dan 50 untuk membantu Terengganu menewaskan Sarawak 7-0.

Empat lagi gol disumbangkan oleh Mohd Shazlan Alias pada minit ke-40 dan 56 manakala Mohd Ashaari Shamsudin menjaringkan dua gol di babak akhir perlawanan pada minit ke-84 dan 90.

Terengganu bagaimanapun kekal di tangga kedua kumpulan B dengan sembilan mata setelah Negeri Sembilan menewaskan Johor 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi melalui jaringan sendiri pemain Johor Mohd Rizal Roslan pada minit ke-85.

Johor FC dan Perak juga bersaing hebat apabila masing-masing menewaskan Kuala Lumpur (4-0) dan UPBMyTEAM (6-1) untuk mengumpul sembilan mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Kedudukan pasukan Piala Malaysia

Artikel Berikut

Keputusan bola sepak Piala Malaysia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.