Kesefahaman untuk layak ke pusingan akhir piala dunia - Mirnawan - Sukan | mStar

Kesefahaman untuk layak ke pusingan akhir piala dunia - Mirnawan

KUALA LUMPUR: Pasukan hoki kebangsaan telah memiliki barisan pemain berkaliber dan kini hanya perlu menyemarakkan kesefahaman dan semangat berpasukan untuk layak beraksi di pusingan akhir Piala Dunia di New Delhi, India, tahun depan, kata bekas ketua pasukan negara Mirnawan Nawawi.

Beliau berkata skuad negara memiliki kelebihan dan kemampuan untuk menjuarai perlawanan kelayakan di New Zealand November ini dan sekaligus layak beraksi di kejohanan Piala Dunia pada Februari 28 hingga 13 Mac tahun depan.

"Malaysia memiliki kekuatan tersendiri...ada kelebihan istimewa yang perlu digunakan dengan sepenuhnya. Barisan Malaysia memiliki pemain-pemain yang terbaik yang boleh membuat kejutan," kata Mirnawan kepada Bernama hari ini.

Dalam undian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) minggu lepas, Malaysia, yang kini ranking dunia ke16, telah diundikan bersama-sama dengan New Zealand (ranking dunia ke-8), China (ke-13), Austria (ke-20), Scotland (ke-24), dan Wales (ke-29).

Mengikut format kelayakan, pasukan yang menjuarai kumpulan itu akan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.

Mirnawan berkata walaupun New Zealand memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri, namun skuad Malaysia masih berkemampuan menewaskan New Zealand jika diteliti keputusan-keputusan lepas terutamanya dalam lima perlawanan ujian sebelum ini.

"Berhadapan dengan New Zealand tidak membimbangkan kerana pasukan negara pernah beberapa kali menewaskan pasukan ini. Dalam lima siri perlawanan ujian bulan lepas, pasukan kebangsaan telah memperolehi dua kemenangan, dua kekalahan dan satu seri," katanya, sambil menambah skuad kebangsaan juga pernah beberapa kali menjinakkan pasukan negara China sebelum ini.

Mirnawan berkata kehadiran Faizal Saari mampu mempertajamkan barisan penyerang dan menyumbangkan gol kemenangan nanti kerana pemain itu memiliki naluri semulajadi dan kreativiti dalam pukulan sudut penalti serta kemampuan melakukan jaringan gol padang.

Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia di Pusingan Kelayakan Piala Dunia di Invercargill, New Zealand dari November 7 hingga 15 depan. 1. Nov.7: China lwn Scotland; New Zealand lwn Wales: Malaysia lwn Austria

2. Nov 8: Scotland lwn New Zealand; Wales lwn Malaysia: Austria lwn China

3. Nov 10: Austria lwn Scotland; Wales lwn China; New Zealand lwn Malaysia

4. Nov 12: Malaysia lwn Scotland; Austria lwn Wales; China lwn New Zealand

5. Nov 14: Scotland lwn Wales; New Zealand lwn Austria; China lwn Malaysia BERNAMA

Artikel Sebelum

Laos umum sudah sedia anjur Sukan SEA KE-25

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.