Malaysia rangkul 7 emas pada hari kedua Piala Dunia KOI Karate - Sukan | mStar

Malaysia rangkul 7 emas pada hari kedua Piala Dunia KOI Karate

KUCHING: Skuad karate Malaysia mempamer persembahan hebat pada hari kedua Pertandingan Piala Dunia Kobe Osaka International (KOI) Karate 2009 ke-18 di Stadium Tertutup Sarawak di sini semalam dengan merangkul tujuh emas, lapan perak dan 16 gangsa.

Pingat emas Malaysia dimenangi melalui atlet karate negara Lim Lee Lee dalam acara Kata individu wanita senior 16 tahun dan ke atas, Tan Chee Sheng (Kata individu lelaki senior 16 tahun dan ke atas), Shakilla Salni Jefry Krishnan (Kumite individu remaja perempuan 16/17 tahun, Mohd Syazwan Jamain (Kumite individu remaja lelaki 13 tahun), Emmanuel Leong Theng Kuang (Kata Gojuru individu senior) dan Tsai Soon Chen (Kata Wadoryu lelaki senior).

Kam Kah Sam pula menyumbang dua pingat perak iaitu menerusi acara Kata Shitoryu individu lelaki senior dan Kata individu lelaki senior 16 tahun dan ke atas, selain Lim Chee Wei (Kata Shotokan individu lelaki senior), Idris Hussin (Kata Wadoryu individu lelaki senior), Muhd Aqmal Asmadie (Kata individu remaja lelaki 8/9 tahun), Thoe Ai Poh (Kata individu senior wanita 16 tahun dan ke atas) dan Shyamala Rubini (Kadet individu remaja perempuan 14/15 tahun).

Persaingan pada hari kedua ini menyaksikan 30 pingat emas dipertandingkan.

Dengan keputusan itu, Malaysia mengungguli tempat teratas dalam jumlah pungutan pingat, diikuti Russia di tangga kedua dengan memperolehi enam emas, lapan perak dan lapan gangsa manakala Hong Kong di tempat ketiga dengan memenangi lima emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Jordan menduduki tempat ke empat dengan empat emas dan empat gangsa, diikuti Filipina dengan tiga emas, dua perak dan empat gangsa.

Malaysia yang diwakili pasukan kebangsaan, kelab dari Pahang, Labuan, Sabah dan Sarawak akan terus memburu pingat emas pada kejohanan yang akan berakhir esok. BERNAMA

Artikel Sebelum

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain