Kemalangan motosikal di Genting, Hanapiah mungkin terpaksa rehat 4 minggu - Sukan | mStar

Kemalangan motosikal di Genting, Hanapiah mungkin terpaksa rehat 4 minggu

HANAPIAH NASIR
HANAPIAH NASIR

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih olahraga kebangsaan Hanapiah Nasir mungkin terpaksa melupakan sementara tugasnya selama empat minggu sekiranya terpaksa menjalani pembedahan akibat kemalangan motosikal yang dialami awal pagi tadi.

Daripada diagnos pihak Pusat Perubatan AlIslam dekat sini, Hanapiah mungkin mengalami pendarahan organ dalaman disebabkan empat tulang rusuk beliau yang patah ketika kejadian itu.

Beliau juga mungkin memerlukan masa pemulihan selama empat minggu sehingga tiga bulan jika kemalangan yang dialami kritikal.

Ketika ditemui pemberita, Hanapiah berkata, kemalangan berlaku ketika beliau bersama-sama teman daripada sebuah kelab motosikal turun bersiar-siar daripada Genting Highlands.

Katanya, semasa kejadian beliau gagal mengawal motosikal jenis Honda CBR 1000rr yang ditunggangnya kerana terlanggar objek kecil yang tidak dapat dikenal pasti ketika mengambil selekoh menyebabkan beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun Hanapiah positif dapat bekerja seperti biasa selepas tiga hari ditahan di pusat perubatan itu.

"Saya boleh bangun macam biasa, cuma rasa kebas sebelah kanan badan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim berkata, pihaknya mungkin terpaksa meminta khidmat jurulatih pelapis daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melatih para atlet kebangsaan buat sementara waktu.

"Dalam masa terdekat ni kita tak ada mana-mana kejohanan besar, daripada modul latihan yang sudah dirangka Hanapiah saya rasa jurulatih-jurulatih pelapis boleh membantu untuk sementara," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER

Artikel Berikut

Chong Wei bimbang selesema babi

Artikel Berkaitan

default image

KEPUTUSAN HOKI PIALA ASIA

default image

JADUAL HOKI PIALA ASIA

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain