suria

Chong Wei bimbang selesema babi

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei lebih bimbang dengan wabak selesema babi dari sakit belakangnya untuk menyertai kejohanan badminton Piala Sudirman di Guangzhao, China bermula dari 10 hingga 17 Mei.

"Saya mengalami sakit belakang selepas latihan angkat berat minggu lepas. Namun ia tidak serius. Selepas menjalani rawatan, saya sudah pulih tetapi perlu berhat-hati sebelum menjelang kejohanan sembilan hari lagi.

Beliau lebih bimbangkan ancaman selesema babi.

"Jangan bimbang dengan sakit belakang saya. Saya boleh bermain 100 peratus. Apa yang saya lebih bimbangkan ialah selesema babi," katanya di sini hari ini.

Persatauan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan turut bimbang untuk menghantar para pemainnya ke China.

Ditanya sama ada pasukan negara perlu sertai Piala Sudirman, Chong Wei berkata semuanya terpulang kepada BAM dan Majlis Sukan Negara.

"Setakat ini saya dan rakan-rakan akan terus berlatih seperti biasa," katanya.

Pemain negara ke kejohanan Piala Sudirman ialah Chong Wei, Wong Mew Choo, pasangan beregu lelaki Koo Kien KeatTan Boon Heong dan beregu wanita Wong Pei TtyChin Eei Hui.

Pemain simpanan ialah Tan Chun Seang, Muhammad Hafiz Hashim, Kuan Beng Hong pemain perseorangan wanita, Julia Wong dan Vivian Hoo dan beregu lelaki Zakry Latif/Fairuzizuan Tazari.

Malaysia diundi dalam Divisyen Satu bersama juara China, Korea Selatan, Denmark, England, Indonesia, Jepun dan Hong Kong.

Sebanyak 34 pasukan akan menyertai kejohanan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain