suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Juara: MU atasi Arsenal 1-0

PEMAIN Manchester United, John O'Shea (tengah) disambut rakan sepasukannya Rio Ferdinand (kanan) dan Darren Fletcher selepas menjaringkan gol pada minit ke-18 dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir kejohanan Liga Juara di Stadium Old Trafford Stadium, Manchester, England awal pagi tadi (waktu Malaysia). AP

MANCHESTER: Manchester United muncul dengan kelebihan dalam usaha merebut tempat di final kejohanan Liga Juara menerusi jaringan minit-minit awal permainan di Stadium Old Trafford di sini awal pagi tadi (waktu Malaysia).

John O'Shea menjaringkan gol pada minit ke-18 untuk memberi kelebihan menghadapi cabaran di pusingan kedua minggu depan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula dalam pusingan kedua separuh akhir Selasa depan.

O'Shea membuat jaringan selepas Arsenal gagal mengatasi gerakan sudut.

MU, peneraju Liga Perdana Inggeris yakin mempertahankan gelaran Liga Juara menerusi kelebihan hari ini.

Dalam perlawanan semalam, Barcelona dan Chelsea seri tanpa jaringan.

Artikel Berikut

Artikel Lain