Filem 'Gerimis Mengundang' Tak Sehebat Versi Teater - Wayang | mStar

Filem 'Gerimis Mengundang' Tak Sehebat Versi Teater

FILEM: Gerimis Mengundang

ARAHAN: Ahmad Idham Ahmad Nadzri

LAKONAN: Kamal Adli, Olivia Jensen Lubis, Datuk Eizlan Yusof

GENRE: Drama, romantik, muzikal

DURASI: 1 jam 38 minit

EDARAN: Excellent Pictures Sdn Bhd

TAYANGAN: Bermula 31 Mei 2012

PENGARAH filem popular Ahmad Idham Ahmad Nadzri kembali dengan air tangan terbaru berjudul Gerimis Mengundang.

Masih percaya pada konsep filem yang ringkas, karya yang mempertaruhkan tema percintaan ini menyertai lambakan filem Melayu di pawagam dengan jangkaan yang tidak sebesar mana.

Ada sebabnya mengapa saya berkata demikian. Sebagai penonton yang sudah menonton pementasan teater muzikal karya yang sama beberapa bulan lalu, ternyata versi filem ini tidak segah mana.

Malah, bagi sebuah filem yang dihasilkan oleh seorang pengarah yang matang dan arif dalam selok-belok pembikinan filem, Gerimis Mengundang bukan sebuah naskhah yang mengagumkan.

Barangkali jika genre drama dan romantik itu disenyawakan dengan bijak dan teliti, tentu Gerimis Mengundang akan menjadi filem yang berkesan.

Sayangnya, itu tidak berlaku sama sekali. Jika saya harus memilih di antara versi teater atau filem, selera saya jelas memihak kepada pementasan di Istana Budaya itu.

Tiada celanya dengan skrip nukilan Azwab Annuar ini. Ia romantis dan dilatari syot serta panorama bumi Sabah yang indah dan salju memandang.

Cuma pengisian dan perjalanan filem ini saja yang kurang dekat di hati saya. Mungkin ramai saja di luar sana yang terbuai tetapi saya kurang puas.

Tempo penceritaan dan transisi babak dirasakan perlahan, sekali gus menimbulkan kebosanan yang sukar dikikis sepanjang filem ini berputar di layar.

Di sini saya merasakan faktor kebosanan itu mungkin dipengaruhi oleh plot dan skrip yang longgar.

Idealnya, sebuah karya cinta dan romantik yang baik terletak pada cengkaman dialog yang mendalam.

Sekadar memetik beberapa filem cinta Melayu yang berkesan seperti Cinta dan Sepi arahan Kabir Bhatia dan Ombak Rindu (Osman Ali), karya-karya itu efektif kerana skrip yang meruntun emosi dan membuai tumpuan.

Gerimis Mengundang juga wajar menjadi filem romantik yang baik tetapi ia terlalu ringkas untuk berjaya mengusik jiwa saya.

Kalau kita lihat pada aspek syot, sinematografi dan lokasi yang melatari filem ini, ia sudah mampu mendukungnya ke tahap lebih baik.

Jelas di sini, kekurangan Gerimis Mengundang berpunca daripada kesilapan skrip dan penceritaannya.

Gandingan hero dan heroin Kamal Adli dari Malaysia dan Olivia Jensen (Indonesia) sebenarnya punya keserasian yang menyenangkan tumpuan.

Namun mereka mampu memberikan lakonan yang lebih baik dan menyentuh perasaan jika bahagian lakon layar ditambah baikkan.

Pada aspek lain-lain, filem ini bolehlah dianggap menghiburkan tetapi pada tahap sederhana saja.

Gerimis Mengundang berkisar mengenai kisah percintaan seorang juruterbang helikopter Sabah Air bernama Zamani lakonan Kamal Adli dan anak kepada kedutaan dari Indonesia iaitu Mikha (Olivia Jensen Lubis) yang tidak kesampaian.

Pertemuan yang tidak disangka di antara mereka di sebuah pulau peranginan lantas membibitkan perasaan cinta.

Namun, mampukah mereka menempuhi segala dugaan dan cabaran yang mendatang kerana Mikha sudah bertunang sebelum mengenali Zamani?

Filem yang diinspirasikan daripada lagu popular dengan judul yang sama nyanyian kumpulan Slam pada 1995 ini mengembalikan jalinan karyawan Malaysia-Indonesia yang pernah dibina satu ketika dulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain