suria

Pernah kongsi foto bersama, netizen kurang senang tengok kekasih gelap Aliff Aziz kawan baik dengan Anna Jobling

Anna didakwa berkawan rapat dengan Sarah (kanan).

BELUM pun reda kemelut yang berlaku antara pelakon Aliff Aziz dan Sarah Yasmine, tidak semena-mena nama Anna Jobling pula terkait apabila didakwa menjadi kawan baik kepada kekasih gelap aktor berkenaan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Sarah pada Disember tahun lalu, wanita itu menulis sebuah ucapan penghargaan terhadap Anna yang sudi menjadi teman rapatnya.

"Terima kasih kerana memberikan saya kebahagiaan yang sebenar selama tiga hari ini dan menjadi rakan rapat yang paling baik," tulisnya.

sarah2 - 1

Peminat kecewa Anna didakwa rapat dengan Sarah (kiri).

Menerusi perkongsian itu juga, Sarah memuat naik foto mesra mereka berdua dan hantaran itu turut menerima komen balas daripada Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24.

"Muah love," tulis Anna.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan kurang melihat keakraban Anna dengan wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tampil diri mengaku kekasih baharu Aliff Aziz, tunjuk bukti video cium pipi... Cerita hubungan teman lelaki dan Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: Nama anak kembali panas, IG ibu Aliff Aziz pula hilang

"Aduh, kecewa Anna berkawan dengan penyondol," tulis netizen.

Bagaimanapun, tinjauan mStar mendapati hantaran tersebut telah pun dipadam selepas menerima pelbagai komen daripada netizen.

Pada Isnin, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

Menerusi hantaran di muat naik di Instagram, Sarah juga berkongsi foto mesra bersama Aliff dan paparan skrin mesej antara aktor itu dengan pelakon dipercayai Ruhainies.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain