SUSULAN dakwaan Bella Astillah ada hubungan istimewa dengan aktor baharu Muaz Zabir, netizen pula mengesyaki suami aktres tersebut iaitu Aliff Aziz menjadi dalang di sebalik penyebaran perbualan mesej dan foto di TikTok. Aliff, 33, dituduh melakukan perkara itu selepas warganet menyedari salah satu tangkap layar yang dipaparkan menampakkan pantulan bayang seorang lelaki menerusi skrin telefon. Malah netizen mendakwa bayangan tersebut seakan-akan Aliff yang sedang mengambil gambar perbualan mesej di antara Bella dan Muaz. "Sudah semestinya Aliff tu, boleh nampak daripada skrin telefon bimbit," komen netizen di TikTok @edisiumat. Netizen mendakwa Aliff merupakan dalang yang menyebarkan gosip Bella dan Muaz. Bagaimanapun tiada siapa dapat mengesahkan adakah benar bayangan pada skrin tersebut adalah Aliff. Justeru, jika ia adalah orang lain, kenyataan netizen terhadap Aliff itu adalah satu tuduhan semata-mata. Sejak malam Selasa, kecoh dakwaan kurang enak di media sosial tentang Bella dengan Muaz termasuk tular tangkap layar perbualan mereka menggunakan kata-kata panggilan mesra. ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dituduh ada hubungan dengan pelakon baharu, akaun TikTok dedah foto dan perbualan mesra ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak tahu kes panas ini, Bella Astillah bagi alasan Aliff sibuk kerja Malah hubungan tersebut didakwa sudah terjalin sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar. Dalam hantaran sama, swafoto mereka juga didedahkan sekali gus menampakkan kemesraan di antara mereka. Bella dan Muaz dikatakan pernah bekerjasama dalam sebuah drama pada September tahun lalu. Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Perkongsian Ibu Aliff pada malam Selasa menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen. Manakala pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secar ekspres namun dan kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!