suria

[V] Bella Astillah hanya perguna Muaz Zabir, mahu buat Aliff Aziz cemburu... Keluarga mentua juga sudah lama tahu

ENGGAN terus berselindung, aktres Bella Astillah akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan mempunyai hubungan dengan pelakon baharu Muaz Zabir selepas perbualan mesej dan foto mesra mereka tersebar sejak malam Selasa.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menjelaskan hubungan yang terjalin di antaranya dengan Muaz hanya sekadar rekaan untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz berasa cemburu.

Jelas Bella, foto dan perbualan yang tersebar itu dibuat tahun lalu ketika Aliff berlaku curang dengan dua orang wanita lain yang enggan disebut namanya.

"Sejak semalam saya sudah tahu perkara ini daripada rakan-rakan terdekat selain netizen pun sudah mula bercakap mengenainya.

"Saya faham perkara ini juga berlaku secara mendadak tapi netizen boleh fikir, esok adalah sebutan kes penceraian saya... Mengapa sekarang?

bella 7

Bella jelaskan hubungan dengan Muaz.

"Sebenarnya perkara itu berlaku tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya hanya untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan yang mengenali saya tahu bagaimana saya sayangkan Aliff.

"Jadi saya gunakan seseorang untuk buat dia cemburu sebab ketika itu dia berlaku curang bersama dua wanita lain yang tak perlu saya sebut namanya.

"Saya mahukan perhatian dia dan dengan cara itu asya harap dia beri perhatian dan berasa cemburu," katanya kepada mStar.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K Town BBQ Bukit Jelutong pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dituduh ada hubungan dengan pelakon baharu, akaun TikTok dedah foto dan perbualan mesra

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak seperti bayang Aliff Aziz pada skrin telefon, tuduh jadi dalang sebar fitnah Bella Astillah

Dalam pada itu, Bella mengakui niatnya itu tidak baik kerana mahu membuat suaminya cemburu namun dia adalah manusia biasa dan tidak lari daripada membuat kesilapan.

Kata Bella lagi, keluarga juga mengetahui insiden tersebut dan sudah melupakan kejadian itu selepas dia dan Aliff kembali bersama.

"Budak lelaki (Muaz) ini baik dan bila kita rasa tak dihargai dan rasa macam sampah, ada pula seseorang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa.

"Ini adalah kesilapan pertama saya selama 10 tahun bersama Aliff. Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh ahli keluarga.

"Bukan sahaja keluarga saya tetapi keluarga mentua di Singapura. Kami sudah bermaaf-maafan dan sempat bercuti di Pulau Pinang selepas itu.

Ini adalah kesilapan pertama saya selama 10 tahun bersama Aliff

BELLA ASTILLAH

PELAKON

Tambah Bella, selepas kejadian itu juga, Aliff menunjukkan perubahan ketara dan lebih menghargainya sebagai isteri dan ibu kepada dua anak mereka.

"Aliff pun sudah tutup kes itu dan beritahu masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia menghargai saya.

"Saya pun ada fikir apa saya lakukan itu salah dan perlu bertaubat. Ini kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf," katanya.

Bagaimanapun dakwa Bella, Aliff kembali mengabaikannya selepas dia terlibat dalam penggambaran drama Terjerat bersama Ruhainies.

bella 6

Bella sengaja mahu buat suami cemburu.

Dia juga percaya Ruhainies hanya menggunakan Aliff memandangkan segala bukti kesilapannya dulu hanya disimpan oleh Aliff.

"Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia tukar kata laluan. Jadi mungkin mereka nak tutup kes khalwat itu... Mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.

"Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff tahu apa yang saya ada mengenai dia. Gambar-gambar yang tersebar ini hanya Aliff yang ada.

“Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap, jadi saya berkorban,” katanya.

Bella pada Rabu menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan dengan Muaz.

2583846

Kisah Aliff dan Ruhainies masih menjadi bualan ramai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan dan foto mesra Bella bersama Muaz.

Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok (Khamis) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain