suria

Kesian Ruhainies… Netizen mula serang selepas dikaitkan aktres kena cekup bersama pelakon kononnya Aliff Aziz

Nama Ruhainies didakwa merupakan wanita yang ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

NAMA pelakon Ruhainies menjadi sasaran kecaman netizen selepas mendakwa dia adalah wanita yang ditangkap khalwat kononnya bersama Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Netizen menuduh Ruhainies sebagai individu berkenaan susulan dia dan Aliff terlibat sebagai pelakon utama sebuah drama bersiri yang sedang menjalani penggambaran berjudul Terjerat.

Susulan itu, pengikutnya di Instagram mula menyerang Ruhainies, 33, di bahagian komen yang rata-rata bertanya sama ada benar dia individu ditahan.

Nama Ruhainies didakwa merupakan wanita yang ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Instagram Ruhainies diserang netizen.

Malah ramai mendesak agar pelakon itu membuka mulut menjelaskan perkara sebenar sekiranya dia bukan wanita yang ditangkap pihak berkuasa.

Akibat marah, ada juga dalam kalangan netizen mula menuduh Ruhainies sebagai perampas suami orang meskipun pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

"Semangat saya pula hendak mengecam penyondol tidak sedar diri. Macam sudah tiada lelaki lain dalam dunia ini.

"Kes dengan Aliff Aziz pagi ini jangan cakap dengan Ruhainies!

ARTIKEL BERKAITAN : Wanita mirip Bella Astillah muncul di pejabat agama, nama Aliff Aziz dikaitkan pelakon ditangkap khalwat

ARTIKEL BERKAITAN : Aliff Aziz mohon maaf kepada Bella Astillah, tiada niat gores hati isteri

"Ramai yang single, suami orang juga yang hendak disondol," antara komen netizen.

Tidak hanya Ruhainies, hasil semakan di Instagram milik Aliff turut menjadi tempat netizen melepaskan kemarahan dan mahukan penjelasan daripadanya.

Netizen menyifatkan pelakon dan penyanyi asal Singapura itu masih tidak serik jika benar dia individu ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Kali ini dengan heroin mana pua buat hal? Kes terbaharu sebelum puasa, 'parking' dulu sini.

Kes dengan Aliff Aziz pagi ini jangan cakap dengan Ruhainies!

NETIZEN

"Nak tahu siapa perempuan yang kena tangkap itu.

"Sekali curang memang tidak akan berubah sampai bila-bila," komen netizen lain pula.

Sementara itu, di IG Story Ruhainies, pelakon itu semapt berkongsi beberapa rakaman video memperlihatkan dia dan Aliff di lokasi penggambaran drama Terjerat.

Dalam salah satu video dimuat naik, kelihatan Aliff memegang payung berjalan dengan Ruhainies sambil berborak di dalam hujan.

NP-116

Kecoh pada awal pagi Sabtu seorang wanita mirip Bella Astillah hadir ke Pejabat Agama Islam.

Ruhainies dan Aliff turut memuat naik sekeping foto mereka bersama seorang pelakon kanak-kanak dipercayai sebagai mempromosikan drama berkenaan.

Pada awal pagi Sabtu kecoh dua pelakon ditahan Jawi dalam serbuan yang dibuat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Netizen mula mengaitkan pelakon lelaki yang ditangkap adalah Aliff selepas isterinya iaitu Bella Astillah dilihat hadir ke pejabat agama Islam sekitar pukul 2.30 pagi ditemani beberapa rakan.

Turut kelihatan dalam video dimuat naik menerusi Instagram program hiburan Melodi adalah penyanyi Adira yang menemani Bella.

WhatsApp Image 2024-03-09 at 7.23.38 AM

Antara komen netizen di Instagram Ruhainies.

Sementara itu, pihak mStar sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Aliff dan Ruhainies berhubung dakwaan ditangkap khalwat.

Jika benar ia adalah Aliff Aziz, pelakon itu bukan pertama kali berhadapan isu kontroversi.

Aliff pernah beberapa kali berlaku curang malah dia dan Bella pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain