suria

Bekas adik ipar pertahan Shila Amzah, bengang ex suami tiada kerja tetap ‘play victim’... “Dia jual gitar sebab nak duit”

Anis (kiri) simpati atas kemelut yang berlaku dalam keluarga Shila.

KETIKA pergolakan keluarga sedang hangat diperkatakan, bekas adik ipar kepada Shila Amzah dikenali sebagai Anis tampil meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa penyanyi itu.

Anis atau Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, menganggap konflik yang berlaku antara Shila dan adiknya iaitu Amir Shafiq juga sebagai satu kifarah atas perbuatan silam bekas suaminya itu.

"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak! Tetapi apa yang dikatakan oleh Shila itu mungkin kerana dia sudah sampai batas kesabarannya. Dia sudah tahan dan pendam lama tentang apa yang berlaku.

anis waheeda 2

Anis mendakwa Shafiq tidak membayar nafkah anak sepenuhnya.

"Apa yang berlaku ini saya anggap kifarah atas perbuatan dia (Shafiq) kepada anak. Cuma dalam hal ini saya juga kasihan kepada bekas ibu mentua kerana dia yang tanggung semua perbuatan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Terdahulu, Anis meninggalkan komen di Instagram mStar mendedahkan bekas suaminya itu gagal membayar wang nafkah buat anak mereka selama tujuh tahun berpisah.

Dakwa Anis lagi, Shafiq sejak dahulu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering meminjam wang daripada teman terdekat dengan alasan mahu membayar nafkah anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan... Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit... “Tak perlu back up, dia fake”

"Dia ada bagi anak duit nafkah tapi banyak kali culas. Kalau saya senyap dia pun hilang. Sudah tujuh tahun kami berpisah ceritanya sama sahaja.

"Dia juga ada meminjam duit daripada rakan-rakan kononnya untuk beri nafkah anak, tetapi saya tidak terima pun wang tersebut. Macam mana dia nak bayar nafkah kalau tiada kerja tetap?

"Saya pernah nasihatkan supaya dia berubah. Kalau tidak dapat bayar nafkah penuh cukuplah sekadar RM20 seminggu untuk keberkatan," ujarnya.

Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim

ANIS WAHEEDA

Dalam pada itu, Anis menganggap tindakan Shafiq membangkitkan isu Shila menjual rumah di media sosial bertujuan memperlihatkan diri sebagai mangsa keadaan.

Malah, Anis juga mendakwa Shila pernah menjadi mangsa keganasan fizikal adiknya sendiri selain Shafiq juga bertindak menjual barangan di rumah mereka untuk mendapatkan duit.

"Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim.

"Dia pernah jual gitar dan piano di rumah kerana mahu dapatkan duit," jelasnya.

shila amzah 333

Shila dan Shafiq saling berbalas kenyataan.

Untuk rekod, Anis dan Shafiq atau Amir Shafiq Amir Hamzah, 30, mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 dan sah bercerai pada 15 Jun 2016.

Kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala ini bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan rumah mereka bakal dijual sedangkan dirinya tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Tampil menjawab mengenai tindakannya itu, Shila berkata dia berhak berbuat demikian kerana rumah berkenaan adalah miliknya dan dia bakal membeli kediaman baharu untuk ibunya.

Namun Shafiq pula mendakwa Shila mahu menjual rumah berkenaan kerana mempunyai nilai harga pasaran tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain