suria

Syada Amzah doa ibu tenang berdepan konflik keluarga, minta maaf berbalah adik-beradik... “Bukan salah mak”

Syada mohon maaf kepada ibunya atas perkara yang berlaku.

PENYANYI Syada Amzah tampil memohon maaf kepada ibunya iaitu Fauziah Sarman kerana terpalit sama dalam perbalahan membabitkan mereka tiga beradik.

Syada yang juga merupakan adik kepada Shila Amzah berharap ibunya itu diberikan kekuatan dan ketenangan menghadapi segala konflik yang terjadi antara mereka.

"Semoga mak diberikan kekuatan, ketenangan.

Syada Amzah 1

Shila dan Amir berbalah berkenaan kediaman yang ingin dijual.

"Maafkan kami adik-beradik berbalah," katanya dalam satu hantaran di Instastory pada Rabu.

Dalam pada itu, Syada berkata apa yang berlaku bukanlah salah ibunya kerana wanita itu telah mendidik dan membesarkan mereka dengan begitu baik.

"Bukan salah mak. Mak telah buat yang terbaik didik kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas adik ipar pertahan Shila Amzah, bengang ex suami tiada kerja tetap ‘play victim’... “Dia jual gitar sebab nak duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan... Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah

"Adah (nama panggilan dirinya) sayang mak, insyaAllah selagi nyawa ada, Adah cuba segala daya jaga mak," ujarnya.

Perbalahan di antara adik beradik itu bermula pada Isnin lalu setelah Syada mendakwa yang dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya.

Tidak lama kemudian, Shila tampil memberi penjelasan bahawa dia nafi menghalau ibu dan adik-beradiknya daripada kediaman itu.

Syada Amzah 2

Syada menjelaskan perkara yang berlaku bukan disebabkan ibunya.

Katanya, tujuannya mahu menjual rumah berkenaan kerana dia ingin mencari kediaman baharu yang lebih selesa untuk ibunya.

Isu ini terus berlarutan apabila adik lelakinya pula iaitu Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak mengadakan sebarang perbincangan awal sebelum menjual rumah tersebut.

Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain