suria

Sophia Albarakbah buat rawatan kiropraktik, netizen otak kuning tinggal komen lucah

Sophia sekali lagi mendapat perhatian netizen.

PELAKON Sophia Albarakbah dihujani komen-komen berbaur lucah susulan mendapatkan khidmat urutan kiropraktik di salah sebuah pusat rawatan di ibu kota baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Sophia, 30, dilihat melakukan rawatan itu dengan bantuan pakar kiropraktik bagi melegakan masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Beritahu Sophia, dia memang mengalami masalah tulang belakang lumbar yang menyimpang ke kiri sehingga menyebabkan dia tidak boleh berdiri terlalu lama.

WhatsApp Image 2023-09-02 at 8.44.46 PM

Sophia mendapatkan konsultasi berkenaan sakit tulang belakang.

"Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit belakang... Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok.

"Saya tak boleh berdiri terlalu lama kerana akan menyebabkan rasa sakit, lebih-lebih lagi apabila saya menjalani penggambaran drama yang agak panjang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah doa jumpa lelaki baik, jawab status hubungan dengan Mr Doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Sophia Albarakbah kena 'petik' ganggu rumah tangga selebriti popular - "Cukup-cukuplah salahkan saya"

Tampil memakai baju berwarna hitam dan seluar bercorak floral ketika sesi itu, netizen mula meninggalkan komen berbaur lucah gara-gara Sophia menjerit perlahan apabila bahagian belakang badannya ditekan oleh perawat.

Tidak hanya itu, netizen turut mempersendakan perawat berkenaan yang disifatkan sebagai beruntung dapat merawat Sophia.

"Wow, doktor, untungnya... Bukan senang dapat dengar (jeritan) itu.

"Dia punya bunyi puas itu lain macam. Saya selalu tekan belakang kawan, kira lepas tak kalau nak masuk kerja ni?," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain