suria

Vida ‘tilik’ nasib Iqbal, yakin hubungan dengan Inspektor Sheila tak menjadi... Tak cemburu cuma tahu niat sebenar bekas kekasih

Vida tidak anggap Inspektor Sheila sebagai saingan dirinya.

TIADA sekelumit rasa cemburu dalam hati usahawan sensasi Datuk Seri Vida susulan bekas kekasihnya melahirkan hasrat untuk mengenali lebih rapat dengan Inspektor Sheila.

Vida atau Hasmiza Othman, 52, sebaliknya berkata, Ahmad Iqbal Zulkefli tidak akan bertemu dengan pengganti yang lebih baik dan sehebat berbanding dirinya.

"Dia tak akan jumpa orang sehebat saya. Sheila belum cukup miliki kriteria seperti saya... hanya Iqbal sahaja tahu kelebihan saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

iqbal 6

Iqbal luah hasrat ingin mendekati Sheila.

Dalam pada itu, Vida mendakwa Iqbal hanya mahu menumpang populariti pegawai polis berkenaan memandangkan kisah mengenai Sheila sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Vida turut berharap agar bekas pembantu peribadinya itu tidak sewenang-wenangnya mempermainkan hati mana-mana wanita.

"Iqbal tu 'mat celah', asyik tumpang populariti orang. Dia dah sendu! Cuba berdiri atas kaki sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau cinta ditolak Inspektor Sheila, Iqbal Zulkefli mahu pergi berubat dan mandi bunga

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama cari teman hidup, Iqbal Zulkefli mahu lamar Inspektor Sheila jadi kekasih... “Lagi garang lagi saya suka”

"Saya kenal Iqbal dan hubungan mereka tidak akan menjadi tapi saya harap dia tak mainkan hati mana-mana perempuan," ujarnya.

Berkongsi mengenai hubungannya dengan Iqbal, Vida mereka sudah lama tidak bersua muka memandangkan masih ada perselisihan faham yang masih belum selesai.

"Kami sudah tidak apa-apa hubungan, saya pun tak mahu jumpa dia. Kami masih bergaduh dan tidak akan berbaik sampai bila-bila," jelasnya.

Iqbal dan Vida pernah rancang ingin mendirikan rumah tangga.

Pada Selasa, Iqbal ketika dihubungi mStar memaklumkan Inspektor Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik.

Kata Iqbal, dia juga kini kesunyian dan tiada kekasih, jadi tidak salah sekiranya mahu mencuba nasib mencari teman hidup.

Pada September 2021, Iqbal pernah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama Vida namun hasrat itu tidak kesampaian disebabkan hubungan itu tidak mendapat restu anaknya iaitu Cik B atau Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain