suria

Kecoh wanita dedah hamil anak artis, netizen pula fitnah Ismail Izzani

Nama Ismail dipetik oleh netizen berkenaan isu hangat ini.

HEBOH di media sosial seorang wanita buat pendedahan dengan mendakwa dirinya hamil selepas menjalinkan hubungan dengan seorang selebriti lelaki.

Wanita berkenaan turut mendakwa selebriti popular itu tidak mahu bertanggungjawab dan memintanya menggugurkan kandungan tersebut.

Meskipun tidak menyebut nama, netizen mula membuat andaian dengan menabur fitnah serta menuduh individu tertentu terlibat dalam perbuatan tidak bermaruah ini.

ismail1 - 1

Antara kenyataan yang tular di laman TikTok.

Sedihnya, penyanyi yang sama dikaitkan semula kononnya artis Ismail Izzani terlibat dalam hal tersebut.

Menjawab mengenai perkara itu, ibu pemuda kacak itu, iaitu Datin Suliza Salam tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana fitnah sedemikian bukan pertama kali disebarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia Nobita kesayangan saya" - A. Aida puji lakonan Ismail Izzani sebagai hero, bukti tak pilih rupa semata-mata

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani tak mahu jadi hipokrit... jawab spekulasi sudah kahwin, berhibur di kelab malam

"Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul," katanya ringkas.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan dan komen penyanyi lagu Luar Biasa itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan tidak berjawab.

Terdahulu, menerusi aplikasi TikTok, seorang wanita mendakwa seorang selebriti lelaki tidak dinyatakan nama enggan bertanggungjawab selepas menghamilkan dirinya.

"Saya sudah dihamilkan oleh satu artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya!" tulisnya.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga memberitahu sudah menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun mendapat reaksi negatif apabila mereka juga enggan bertanggungjawab.

Dia juga berkongsi paparan skrin perbualan di WhatsApp antara ibunya dengan ibu artis berkenaan.

ismail4 - 1

Ada juga yang meninggalkan komen mendakwa individu dimaksudkan bukan Ismail.

Ini bukanlah kali pertama nama Ismail dikaitkan dengan gosip berkenaan kerana pada Oktober tahun lalu dia juga pernah dituduh menghamilkan kekasihnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen di muat naik terbaharu, wanita berkenaan ketika membalas komen netizen berkata, artis itu bukan Ismail Izzani seperti diperkatakan orang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain