suria

Perdaya wanita RM1,500 sewa tapak Horay X Fest Raya, Boy Iman dan 3 lagi mengaku tak bersalah

Kes akan disebut semula pada 13 Jun ini untuk serahan dokumen.

PELAKON Boy Iman bersama empat individu lain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung penganjuran festival Horay X Fest Raya yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 19 April hingga 21 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa.

Pengakuan itu dibuat Boy atau Nourul Iman Abdul Rahman, 43, bersama empat lagi tertuduh iaitu Nor Azmi Jantan, 49, serta dua lagi wanita

Norazah Sahud, 51, dan Norzana Rapie @ Rafie, 51, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelyanna Hanim Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menipu peniaga Siti Wardina Basir, 21, dengan cara memperdaya mangsa dalam penjualan tapak perniagaan atau penyewaan tapak di festival berkenaan sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM1,500.

boy iman 111

Boy dibawa ke mahkamah pada pagi Selasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di WTC di sini pukul 2.34 pagi pada 19 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 420 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjaran tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Boy Iman tiba di mahkamah kes penipuan Hooray X Fest Raya, dakwa dia dianiaya

ARTIKEL BERKAITAN: Dah keluar modal besar tiba-tiba karnival jualan Aidilfitri batal saat akhir, Ayie Floor88 bengang rupanya ada kaitan Boy Iman

Peguam mewakili Boy Iman dan Nor Azmi bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin memandangkan kedua-dua anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Manakala peguam Earnest Azad yang mewakili dua lagi tertuduh iaitu Norazah dan Norazana turut membuat permohonan serupa kepada mahkamah.

Noorelyanna membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

boy1 - 1

Boy dakwa dirinya dianiaya.

Kes itu bakal disebut semula pada 13 Jun ini untuk serahan dokumen.

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asesten Komisioner Noor Deelhan Yahaya mengesahkan penahaan suspek bagi membantu siasatan kes penganjuran festival berkenaan.

Salah seorang suspek yang ditahan adalah Boy yang dikatakan turut terlibat sebagai pengajur acara berkenaan.

Minggu lalu, ramai peniaga terpaksa berputih mata apabila acara tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir dan dipercayai akibat penyelewengan wang sewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain