suria

Isteri Haqiem Rusli tampil berselendang, padam semua gambar bertudung di Instagram

Isteri Haqiem Rusli hanya tampil berselendang.

ISTERI kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dilihat sudah tidak berhijab dan hanya dilihat mengenakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Apa yang lebih mengejutkan, Anis atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, turut memadam kebanyakan foto di Instagram miliknya termasuk foto bersama suami dan hanya meninggalkan gambar tanpa menutup aurat.

aniss1 - 1

Anis menggayakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Menerusi foto Hari Raya Aidilfitri yang dimuat naik, Anis hanya menulis kapsyen 'SHR!!' yang membawa maksud Selamat Hari Raya.

Bagaimanapun, Anis menutup ruangan komen dan tinjauan mStar mendapati suami isteri itu masih saling mengikuti di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli tunjuk bakat nyanyi lagu Blackpink... "Hebat! Nampak lembut tapi boleh rap"

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli bahagiakan isteri bawa tonton konsert Blackpink... "Kami bukan buat benda tak elok"

Untuk rekod, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, mendirikan rumah tangga bersama Anis pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain